Monday, October 17, 2005

Today's story

2-3 hari ni kerja aku asyik belajar guna photoshop ngan paint shop je. Kekadang tuh fening. Tapi excited le bila certain project tuh menjadi. Masa awal2 tu memang le confusing sikit, tapi bila dah lama2 dah tau basicnya sikit2, not so bad la.

2 hari lepas pergi shopping lagi barang2 untuk baby. Banyak gak yg dah beli. Though, masih ada lagi yang belum beli lagi. Tak banyak yang tinggal. Sekurang-kurangnya tak la susah nanti bila dah memboyot besau nak gi cari barang pulak. So katil dah siap beli akhirnya. Tak payah pening2 nak fikir, mana satu nak beli, harga lagi. Beli yang kayu punya, harga around rm 470. Tp dapat diskaun 20%, so dapat le rm 300 plus. Tilam ngan bedding je tak beli lagi. Boleh guna sampai at least 3 tahun. Nanti aku tempek lah kat sini gambar katil tuh, bila dah siap ngan tilamnya sekali lah. Selain katil tuh, beli lah barang2 kecik lain. Beli lagi topi. ehe he he... tiap kali jalan kat baby's department mesti beli satu barang. Walaupun dah janji pada diri sendiri tak payah beli lagi dah baju. Couldn't help it lah. Nampak satu cap yg ada telinga tuh. Memang minat sangat cap yg cute2 cam nih.

Beli jamu lepas bersalin. Alang2 lalu kat kedai jamu, masuk beli. Ada yang satu set rm 360. Adoi, mahal... Lagi satu rm 200 lebih, jenama mustika ratu, dia masuk sekali dengan lain2 jenis barang jenama lain. Akhirnya aku beli set jamu mustika ratu tuh rm 75 ngan satu bengkung rm 45. Tu je. Tak mau aku beli benda2 yang aku sendiri tak tahu apa kegunaannya.

Okaylah, that's all for today. Ada banyak menda nak kena buat, lagi pun sakit pinggang dok lelama ehe he he he... ciao!

No comments:

Blogger news