Saturday, October 01, 2005

Antenatal check up and Aquaria Malaysia

Semalam jumpa doktor buat check up antenatal. Alhamdullillah dia kata semua ok. Kelakarnya aku rasa perut aku ni cam besar jek. Nak tidur pun kena cari posisi yg sesuai. Tp doktor siap kata, alahai kecik je perut awak. Hai.. nak besor mana lagi nih. Huu... walaupun gitu dia kata kira masih normal lagi, baby normal weight but only on the lower side saje.

Siang tadi pegi perpustakaan negara nak pulang kan 2 buku yg aku pinjam. Library sekarang tengah under renovation. Terkejut gak masa aku pergi tadi, ingat kan tutup. Camana nak pulang kan buku. Nasib baik masib boleh masuk ikut belakang. Lepas tu, hubby cadang pulak gi KLCC convention centre. Nak tengok Aquaria. Katanya aquarium terbesar di Asia Tenggara. Lagi satu Underwater world yg aku pernah pergi, kat Singapura. Boleh tahan lah Singapore punya tuh, next time ada rezeki memang aku nak pergi lagi. So balik pada cerita aku pergi aquaria tuh, kalau ada myKad, tunjuk kat kaunter beli tiket, harga tiket 28 ringgit. Kalau harga standard takde myKad 38 ringgit. Aku rasa tu kiranya nak cover lah jugak, kalau warganegara malaysia dapat murah sket. Kalau org asing tuh yg kena bayar 38 ringgit. Tp still not bad lah banding dulu kalau melawat muzium negeri johor. Anak jati johor masuk satu ringgit je bayar. Hubby masa tuh bf, kena bayar 8 US dollar. Huu, aku tak berapa pasti lah sekarang berapa harga tiket, tp tu kiranya 5 tahun lepas.
So masa kat sana tuh, boleh tahan le hi-tech le. Banyak dia sediakan touch screen computers. Tp dukacita lah aku rasa. Macam ada je tak cukup. Rasanya underwater world singapura lagi best pulak. Bukan apa, not so impressive lah kalau nak di kenakan status sebagai The biggest Aquarium in South east asia tuh. Ikan yu dia pun berapa ekor kecik2 jek. Lagi satu, aku nak juga nengok obor2 @ jelly fish. Tp tak de pun. Patutnya kalau dah kata paling besar di Asia Tenggara kena lah complete ya tak? Cuma satu je beza, memang aquarium dia nampak lagi besar dari yg kat singapura punyalah. Cermin dia memang tebal lagi... sampai sakit mata kalau nengok dekat2. Tp dari segi binaan dia memang Aquaria nih lagi cantik. Nampak cam dalam laut betul lah effect dia. Kalau out of 10 stars aku boleh beri 8 lah. Cuma kena tambah lagi species hidupan laut tuh.

No comments:

Blogger news