Friday, October 21, 2005

Monthly check up

Tadi baru jek jumpa doctor buat monthly checkup. Start dari next checkup, kena lah jumpa doktor 2 minggu sekali. Tak pernah dalam seumur hidup jumpa doktor banyak kali gini. Selalunya jumpa doktor bila sakit tuh dah tahap tenat dah baru le terhegeh-hegeh nak ke klinik atau hospital.. ekekeke.

Doktor kata baby ni kiranya jenis baby kecik. Normal but on the lower end. Rasa perut nih makin membesar sangat. Tak larat rasa. Tapi doc. kata semuanya alhamdullillah ok. Lega rasa. Kemungkinan baby tinggi. Harapnya begitulah, dan tak ada masalah. First time juga hari ni dengar degupan jantung baby. 149 bpm. Jatuh chenta lagi ngan dia. Walaupun doc, kata baby kecik, dia tak tau bila baby ni buat ragam, hari tuh 2 malam berturut payah nak tidor. Mata dah tak tahan ngantuk tapi perut ni senget2 dibuatnya. Rusuk pun di tendang2 Pujuk, tepuk2 perut suruh dia tidor. Tak jalan jugak, gosok2 perut sambil nyanyi, pun tak jalan. Waaa, time tu lah dugaan rasanya. Hari tu sampai pukul 5 lebih pun tak leh tidor. Akhirnya kejut hubby bangun sahur. Lepas subuh, matahari dah nak naik baru lah dia diam. Hai... nasib baik lah boleh tidor. Esoknya pun lebih kurang sama gak. Siang hari dia diam, tidor lah tu agaknya. Hubby suruh balas dendam, tepuk2 perut biar dia pulak tak leh tidor. he he he.. tak moh le, karang dia tendang2 tulang rusuk nih, mak dia gak yang susah. Ni doc. kata kecik je, kalau besar, tak tau le camana. Teringat pulak kat arwah mak, mungkin macam ni jugak dia rasa masa mengandungkan anak2 dia. Mungkin sebab ni juga syurga tu di tapak kaki ibu.

So, pregnancy so far so good. Tak sabar nak tatap muka baby. And get over with the pregnancy.. he he he.... Nih tempek gambau... gambar anak sedara... rindunya cik kat mizah girl. huuu....





Gambar lama, but my favourite. Lama tak dapat gambar latest dia...

No comments:

Blogger news