Monday, October 03, 2005

Tak boleh tidor!!!

Dah nak dekat pukul satu pagi... masih lagi tak boleh nak lelapkan mata, walaupun memang rasa mengantuk. Kejap tadi baru je makan chocolate twiggies ngan muffin gardenia. Mula2 rasa nak tahan je lapar. Ye lah, tengah malam, makan banyak, tak leh terus tidur lepas makan, dan nak gak le kononnya cuba tahan lapar pasal nak start bulan puasa hari Rabu supaya perut ni tak mengada-ngada. Tapi tak tertahan. Aku bangun jugak makan. Memang tersedia kat tepi katil. Satu botol besar air, ngan makanan2 aku. Lagi satu yg menyebabkan aku susah nak tidor ialah, payah nak cari posisi yg sesuai. Aku baring menelentang, katanya tak elok pasal saluran oksigen kurang sikit kat baby, dan lama-kelamaan badan dan pinggang pulak tak selesa. Baring mengereng, baby ni pulak suka nak menguit-nguit tepi perut. Geli pulak. Rupanya macam ni rasanya tak bestnya mengandung... huuu... Walaupun ada bestnya, tapi ada gak yang tak. Nasib baik aku tak kerja. Bangun pagi pukul 6. Lepas hubby gi kerja, at least boleh gak le sambung tidor. Ya lah sementara aku sorang2 kat umah. Nanti bila ada baby aku kena ikut jadual dia pulak. Kalau dia jenis macam aku takpe, not morning person. Kalau dia ikut bapak dia. Hmmm lain ceritalah. So I enjoy while I can.

Balik pada puasa start hari Rabu nih. Aku berharap le boleh puasa. Kalau tak boleh tahan lapar... huu... nak kena ganti sebulan pulak. Pelan2 kayuh, kalau dapat alhamdullillah. Yang penting kena cuba dulu. Pelik aku sekarang nih. Kalau rasa lapar tuh bukan cam lapar biasa2, tapi rasa lapar cam pedih sangat, cam nak pengsan rasa. Tapi tak pengsan. Rasa jek.. ehe he he.

Okaylah, dah lebih kurang 15 minit aku duduk... agak2 makanan dah mula turun, dan start digest aku boleh le gi baring. Harap dapat lah melelapkan mata.

No comments:

Blogger news