Sunday, November 20, 2005

Hubby's back

Hubby balik 18hb hari tuh. Gembira tak terkata. Tp yg kelakarnya, barulah 11 hari tak jumpa bila dia balik tetiba rasa macam pelik pun ada. He he he, dia pun kata dia rasa pelik gak. Rasa macam pertama kali dia datang jumpa dulu."Suprising to see an asian wife waiting for me at home", katanya. Kelakarnya rasa segan ngan dia pun ada walaupun dah setahun lebih berkahwin. Kalaulah kena outstation kerja berbulan-bulan tak jumpa, camanalah agaknya. Hmm, mungkin pasal berlainan bangsa tuh yg rasa macam lain sikit kot. Entahlah.... Dan juga bila dah selalu bersama tuh tak terasa perbezaan bangsa langsung. Sekali-sekala berpisah tu yang jadi cam culture shock je everytime.. he he he.
Teringat pernah rasa pelik tgk papa ngan arwah mak jalan berdua. Masa kat umah tuh takde pun rasa pelik, tp entah macamana, sekali tuh bila jalan ngan diorang, tengok pulak diorang jalan berdua kat depan, tetiba terdetik pulak rasa pelik nengok pasal papa ngan arwah mak pun berlainan bangsa. So maybe that explains kenapa lah aku ngan hubby rasa pelik. :P Tp sekejap je lah, few hours after that, rasa macam he never left. :D Agaknya, bila anak2 dah besar nanti, diorang pun akan rasa pelik gak melihat mommy ngan daddy diorang jalan berdua.. ekekeke...
Esok ada appointment ngan doktor. Semalam nurse kat hospital telepon, doktor tanya khabar. Dia ingat aku terlupa appointment, padahal appointmentnya esok. :)Okaylah tuh, ambik berat gak lah. So dalam tempoh 14 hari nih, aku makan banyak lah jugak, I think more than usual. Selalunya, ada hari aku makan sekali sehari jek, ikut sama ada aku lapar ke tidak. Tapi 14 hari tuh, memang cuba makan regularly. At least breakfast, lunch and dinner mesti ada. Alhamdullillah baby gerak aktif. :) Kaki sakit memanjang sekarang nih, huuu, harap lah ada berbezaan dalam pertumbuhan baby. Apa2 pun kita tunggu dan lihat sahaja macam mana check up esok.

No comments:

Blogger news