Sunday, November 13, 2005

Not so good news

So long I didn't update the blog. Hmm... almaklumlah raya mood. Raya tahun ni serupa gitu je lah. Not so meriah. Dah 2 tahun ginih. Sejak Arwah mak dah tak de. Cam takde makna. Selalunya dia lah yg organize semua. Ya Allah rindu betul masakan dia di pagi raya. Tp nak buat camno, redha sahaja dengan pemergian dia. Cuma bezanya raya tahun ni, raya dengan anak2 saudara baru... :)
Hubby pulak dah dekat seminggu tak balik.. ekeke ke... bukan tak balik pasal apa, dia gi outstation lah! Gi jumpa client2 kat Jakarta. Hari2 telepon pun tak puas jugak. Hai... rasa macam dulu2 awal bercinta. he he he... Tengah menghitung hari je bila dia balik. huuu...
Selain tuh, ada gak berita yg tak best. About my baby. :( Last week sebelum hubby gi outstation, gi lah buat regular check up. Doktor kata ada masalah pada baby lah pulak. Adeh leh, cam nak jatuh jatung dibuatnya. Dia kata baby kecik sangat utk umur dia dalam rahim. Dia check semua, semuanya dia kata normal. Tp dia tak tau kenapa baby kecik. Dia kata mungkin Intrauterine Growth Restriction. (IUGR). Maknanya baby stopped growing. Huuu... So dah kena injection utk matangkan paru2 baby. Just in case kalau kena premature labour. Dan sekarang ni doktor suruh tunggu for next check up... 21hb nih. Kalau baby tak de perubahan, terus direfer ke hospital besar, and possibly kena induce. Hai, memang nak menangis lah masa tuh. Tengok hubby pun muka dia sedih betul. Masa drive balik, berhenti kat tepi jalan sekejap, dia cam tak caya je apa yg dia dengar tuh. Kesian kat dia. Kesian kat baby. Apalah yang mommy buat sampai baby lak yg kena macam nih.. :( So harap week after next we will hear some good news. Hopefully.....
Sesiapa yg baca ni, doa2 kan lah ya... terima kasih....

No comments:

Blogger news