Friday, December 30, 2005

I'm Back!!

Akhirnya dapat gak nak updatekan blog nih. Sibuk amat nak membiasakan diri sebagai seorang ibu. Nasib baik hubby ada, banyak bagi support. Lagipun dia yg buat kerja rumah semua, dari mengemas, mop sampai makan minum dia uruskan. Alhamdullilah, kalau tidak mesti lagi lah susah nak membiasakan diri. Kerja aku cuma menyusukan baby je lah. Tak mudah nak beri susu badan utk 2-3 minggu pertama. Letih nak tunggu dia habis. Lagipun baby sekarang ni tak kuat sangat nak hisap lelama, tu yg sekejap2 dia tidur. Kalau siang nya buleh tahan lagi, malam tu yg jenuh nak tunggu. Setakat ni tiap malam paling kurang pun mesti 2-3 kali dia bangun. Ada masa susah nak tidurkan dia, bapaknya lah jadi mangsa, dukung dia ke hulu ke hilir. Takpe lah, anak bapak, bapaknya rela je.
Lepas dah bersalin nih, ada gak rasa rindu masa pregnant dulu. Rindu dia dalam perut. Actually, memang enjoy jugak masa pregnant dulu. Takde lah alahan sangat, muntah2 pun tak de. Rasa happy je. Cuma tak best masa time hujung2 je. Dengan susah nak tidur, sakit pinggang, ngan moody. Sekarang pun ada masa moody gak, baby blues org panggil. Nak nangis je rasa. Alhamdullillah dah kurang dah.
Hari ni 12 hari sudah umur si Bonnie. Ada lah 3-4 keping gambar dia yg sudah diuploadkan ke photo gallery. Siapa nak nengok boleh gi sana. Okaylah, tak leh lelama, hubby dah sound suruh rehat. Nak bagi banyak air susu katanya.... lerrrr.... :P

No comments:

Blogger news