Saturday, December 03, 2005

Hiatus

Lamanya tak update. Maaflah kawan-kawan, yang selalu datang menjenguk tapi berita basi je yang ada.... Lagi 19 hari je. Mood pun tak tentu arah. Letih memanjang. Masak pun tidak. Nasib baik la hubby memahami. Hari ni pun dia yang masak.Boleh tahan lah sedap, cuma masin... (nak kawin lagi ke bang oi??) he he he. Orang lelaki sesekali masuk dapur. Terharulah jugak, hubby pun jaga baik sekarang. Nak makan apa dia belikan.
Perasaan sekarang ni?? Berdebar, takut, gembira, excited, sedih, tension, letih, bosan semua bercampur. Takut dan berdebar dengan apa yang mungkin terjadi dihari yang ditunggu-tunggu. Gembira pasal nak jumpa baby, tak sabar nak nengok rupanya. Excited, tiap kali tengok barang2 baby yg dah siap, katil dia, baju2 dia... Sedih, pregnancy nak end dah. Seronok gak pregnant, dapat rasa dia selalu. Tension, letih dan bosan pasal dah rasa badan tak dapat nak menampung lagi... Tidur satu malam mesti tiap 2-3 jam terjaga. Pinggang sakit, badan semua sakit. Hah.. tu dia, bercampur aduk perasaan. Nak nangis tanpa sebab pun ada. Tp tak patut dilayan sangat perasaan nih.
Bila fikir-fikir balik buat apalah nak tension sangat, hubby jaga ngan baik, releks je sepanjang hari. Better enjoy sebelum bersalin. Nanti dah bersalin, sakit dan letih. Nak kena belajar jaga baby lagi. Lepas ni tak de releks2 dah. Huu... Masa kawin pun tak rasa macam gini punya impact. Sebelum dan selepas kawin rasanya tak banyak beza. Tp bila dah ada anak lagi ketara. Your life evolves around your child. Nak jaga suami senang sikit dari jaga baby.
Lepas ni tak tau bila lagi nak update blog lagi. Maybe lepas bersalin insyaallah. Doakan semuanya berjalan lancar ya. Insyaallah, akan dikongsi gambar baby nanti on my next update. :)

No comments:

Blogger news