Sunday, January 22, 2006

Baby Blues

Dah masuk satu bulan dah Zuleikha. Banyak benda yang perlu aku belajar tentang nak jaga baby . So far so good. Cuma teramatlah sibuknya. Aku sekarang memang kasi susu badan je kat Zuleikha, pulak dia jenis minum sikit tidur, tak sampai 5 minit letak dah nangis nak susu lagi. Kalau ikutkan hati nak je sumbat botol susu formula. Tapi hati ni nekad nak berikan susu badan paling kurang pun 6 bulan. Kalau diizinkanlah. Kalau tidur lama pun, selalunya 1 jam lah paling lama. Tu pun sempat lah aku buat kerja2 yg terbengkalai. Kadang2 nak masak utk makan sendiri pun tak sempat. Dia asyik nak kena pegang je. Tp dah masuk 1 bulan ni, alhamdullillah boleh le dia tidur lama sikit. 2 jam paling lama. Tp masih ada jugak perangai susah nak tidur dia tuh.
Dan lagi masa awal2, dalam minggu1-2 yg pertama, memang ada rasa effect "baby blues" tuh. Kelakarnya perasaan nih. Selama ni sebelum baby ada, kerja menghitung hari je, bila baby nak keluar. :) Bila dah keluar, rasa cam tak boleh nak terima kenyataan yg dah bertukar status jadi ibu pula. Bila nengok baby perasaan takut pun ada pasal rasa tanggung jawab yg berat jatuh atas bahu, nak membesarkan baby dengan sebaiknya supaya dia jadi insan yg berguna. Tetiba boleh terpikir aku ni betul2 bersedia ke utk ada baby? a bit embarrassing to admitlah. Tp itu yg aku rasa. Takut tak mampu jd ibu yg baik. Walaubagaimanapun alhamdullillah dah hilang dah perasaan tuh. :) Dah dapat terima kenyataan dan rasa gembira utk melalui hari2 yg penuh makna dengan Zuleikha. :)

No comments:

Blogger news