Friday, February 10, 2006

Yet another day...

Dah 1 bulan 3 minggu. Cepat masa berlalu. Tapi masa awal2 tuh rasa macam 1 bulan yang paling lama dalam hidup. He he he. Minggu2 pertama, punya lah tak cukup tidur. Sampai terpaksa belikan buai. Yup, buai. Walaupun lama juga nak enjut baru lah lena tidur, tp berbaloi. Tengahari semalam letak dia dalam buai, sekali jenguk dia tengah hisap jari. Ahaa.... kantoi....


Dia sebenarnya tak pandai hisap jari. Ntah macam mana boleh termasuk mulut. Ekekeke... lepas tuh dia dah lupa dah.

Petangnya pulak pegi shopping. Hari minggu ni kena dok rumah ngan Zuleikha je. Bapaknya takde pasal kena bawak kawan2 dari Hungary berjalan kat KL nih. So Beli makanan stock utk 2 hari ni lah. Nak cerita, Zuleikha bapaknya dukung masa bershopping tuh. Saya lak dok jalan belakang, tengok barang. Adalah nampak 2 kali, 2-3 orang pompuan cina tengok diorang dua beranak. Pandang2 cakap sama sendiri. Entah apa yang diumpatkan.. he he he.. Sekali bila saya gi kat hubby, tetiba perasan muka diorang cam terkejut. Mia ha ha ha... mungkin diorang dok teragak, siapa kah gerangan ibunya.. he he he. Maybe diorang ingat maknya cina, pasal so far muka Zuleikha tadak muka melayu lagi. Maybe je lah. Spekulasi sendiri ja... :P he he he Tapi ada lah terdetik sedih gak le, bila dukung dia, memang nampak ketara jauh beza. Kena pakai lawa2 selalu le, paling koman pun kena lah berlipstick, kalau tak silap2 orang ingat "amah" dia lak akakaka... org puteh panggil "nanny". Mia ha ha ha...

No comments:

Blogger news