Friday, March 03, 2006

Apalah punya bodoh.


Kelmarin gi hantar Zuleikha untuk immunisation bulan kedua. Kena injek lagi. Berat Zuleikha bertambah 1.6 kg. So sekarang 5.8 kg dia. Doktor kata tak elok sangat berat badan naik cepat sangat. Tapi nak buat macam mana, takkan tak kasi dia minum susu. Pelik kan baby ni, minum susu je naik satu kilo lebih sebulan. Kalau berat badan aku naik macam gitu mesti dah nangis. Untuk baby okaylah. Lagi tombam lagi best nak picit2. :D

Hmm... balik pada cerita, pergi lah satu klinik ni. Chinese doctor. Dia punya assistant2 pun cina gak. Masa nak balik tuh, dah settle bill, assistant tu tanya lah,


Assistant: Baby drink what milk?

Aku : Breastmilk

Assistant tu tanya kawan dia ada tak brand apa tuh.

Assistant: What brand milk your baby drink? For first time come here we give patient free formula milk.

Aku : She drinks Breastmilk

Assistant tu tanya kawan dia lagi.

Assistant : oo, we don't have that brand.

Aku :

Hubby : Okay if it's free just give any brand will do.

Itulah ceritanya... tu lah, masa sekolah takmoh belajar betul2... kan dah bodoh piang. Mia ha ha ha...

1 comment:

Farah Deen said...

memang bodoh! ada ka taktau breastmilk!!! muahahahahahah lawak gila, ni mesti doktor belajar sebab bribe lecturers!! hahahahahaha

Blogger news