Monday, March 20, 2006

Battle of the Fats.

Dah tiga bulan berlalu. Berat badan dah turun agak banyak. Masa mengandung naik 15 kg. Dari 55 kg ke 70 kg. Lepas bersalin, turun 12 kg. Jadi sekarang 58 kg.Image hosting by Photobucket Huh, sekarang ni rasa cam payah sangat je nak turun. Walaupun memang kiranya berat dalam kategori normal lagi untuk ketinggian aku, tapi aku masih tak puas hati.
Sudah 1minggu lebih aku buat "crunches". Paling kurang seratus kali sehari. Memang mula kempis lah perut. Heh heh...Image hosting by Photobucket At least naik lah semangat aku tiap kali nak buat crunches ni, walaupun terasa payahnya.Target aku nak capai 50 kg. Boleh ke? Hmm, letak je dulu.Tp usaha tetap usaha.

Dah lama tak makan nasi lemak atau roti canai untuk sarapan. Sarapan memang makan roti sekeping. or aku minum air jus buah je.Image hosting by Photobucket Tengahari tak makan nasi. Pandai2 lah masak. Malam dah stop makan dan minum. Kalau minum pun minum air putih je. Tp kalau lapar sangat, makan lah buah. Pisang ke. Hmm, jadi monyet pulak aku. Dulu jarang makan pisang. Sekarang memang ada dalam peti sejuk selalu. Jd pengalas perut kalau2 lapar waktu malam.
Satu perbezaan yg aku rasa aku tak mengantuk waktu tengahari. Dan lapar waktu malam pun dah berkurang. Tengok lah macam mana. Turun tak berat badan kali ni. Harap menjadi la...Image hosting by Photobucket

No comments:

Blogger news