Monday, April 03, 2006

Update on Bonnie

Sabtu lepas bawak Bonnie gi vaccination. Berat 6.4 kg. So tambah 600 gram je. Tak banyak berbanding bulan lepas sampai 1.4 kg dalam masa sebulan. Memang rasa sekejap je dah 3 bulan lebih. 2 minggu lagi 4 bulan. Muka dia pun dah makin berubah. Makin nampak girlish muka dia. Tp camana pun mana kitorang pergi ada je yang kata muka bapak dia. Sekarang ni pergi memana mesti ada orang tegur... senyum2 bila tengok Bonnie. Maknya bangga arr ramai kata comel. Masa gi klinik, ada pakcik tu... siap kata kombinasi yang bagus... anak comel. "Sedap mata nengok dia". Mak ngan bapak kembang je la.

Masuk 3 bulan hari tu dia dah boleh angkat kepala lama. Kalau tiarapkan dia, angkat kepala, mata pun melilau pandang sana sini. 2 hari ni bila tiarapkan dia, dia dah pandai pusingkan badan baring telentang. Dan dah pandai pusing separuh. Sikit hari lagi pandai lah pusing tiarap sendiri. Dia dah jumpa tangan dia. Tangan asyik kat mulut je. Tangan sentiasa bau masam je... Tapi masam2 pun bau sedap. heee...

Mulut pun riuh dah... "Abbhooo... abbhooo... bhooo" Sembur-sembur air liur siap muncung2 lagi bibir. Ada orang kata kalau mulut dah pandai sembur2 tuh rambut maknya gugur. Memang dah start gugur berlambak dah ni rambut. Sayang nak potong rambut ni. Hmm. Yang kelakar tu kalau dia nak nangis tu, buat bunyi.... "ai... yiai... eee... ai!!" he he he macam usaha sungguh2 nak berkomunikasi.

Tambahan lagi, 2-3 minggu ni dah mula tunjuk flashcard kat dia. Buat sendiri flash card tuh. Nampak cam berminat. Sebelum tidur mesti kena sama ada baca buku untuk dia atau tunjuk flashcard. He he he... nasib... kecik2 dah kena start belajar. Walau pun umur baru 3 bulan tapi bak kata orang "never too early or too late to learn". Setakat ni tak tau lah camana perkembangan. Selalunya boleh tau bila anak dah mula bercakap baru lah nampak kesan usaha masa dia baby lagi.

No comments:

Blogger news